faq lokasi aduan peta


BERITA KHAS

YANG BERHORMAT MULIA TENGKU YANG DIPERTUA MAIK

MAJLIS SAMBUTAN MEMPERINGATI PERISTIWA ISRA’ DAN MI’RAJ PERINGKAT NEGERI KELANTAN BAGI TAHUN 1439H/2018M

Yang Maha Pemangku Raja Kelantan telah mengampuni perkenan untuk berangkat ke Majlis Sambutan Memperingati Peristiwa Isra’ Dan Mi’raj Peringkat Negeri Kelantan Bagi Tahun 1439H/2018M yang telah dianjurkan oleh Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan pada 26 Rejab 1439H bersamaan 13 April 2018 (Jumaat) bertempat di Masjid Muhammadi, Kota Bharu, Kelantan, jam 6.30 petang. Ceramah khas sempena Majlis Sambutan Memperingati Peristiwa Isra’ Dan Mi’raj turut diadakan sebaik sahaja selesai solat fardhu Maghrib yang disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Yang Berbahagia Al-Fadhil Ustaz Au’ni Bin Mohamed.

Turut hadir pada majlis sambutan kali ini ialah YAB. Ustaz Dato’ Haji Ahmad Bin Yakob, (Dato’ Bentara Kanan) Menteri Besar Kelantan, Yang Berhormat Mulia Tengku Tan Sri Dato’ Haji Mohamad Rizam Bin Tengku Abdul Aziz, Tengku Temenggong Kelantan, YB. Dato’ Haji Nik Kazim Bin Haji Nik Yusoff, Pegawai Kewangan Negeri Kelantan, Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan, YB. Dato’ Haji Mohamad Shukri Bin Haji Mohamad, Mufti Negeri Kelantan, YABhg. Dato’ Haji Nazran Bin Muhammad, Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Kelantan, YM  Dato’ Dr. Tengku Mohamed Faziharudean Bin Tengku Fiessal, Timbalan Setiausaha Kerajaan Pembangunan/Pengarah UPEN (Tengku Kaya Perkasa), Ahli-ahli Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), YABrs Dr. Haji Nik Mohd Azlan Bin Abd Hadi, Timbalan Yang Dipertua MAIK, YDH DCP Dato’ Hasanuddin Bin Hassan, Ketua Polis Negeri Kelantan, Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan, YBrs Tuan Haji Rusydee Bin Abdullah, Setiausaha MAIK, dan pegawai-pegawai  serta kakitangan MAIK. Turut serta dalam majlis tersebut ialah para jemputan khas dan muslimin-muslimat yang tinggal berhampiran  kawasan Masjid Muhammadi.   

 

Disediakan Oleh : Mohd Zahrin Bin Yusuf

 

flickr
www.flickr.com
                   

 

 


Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini907
Kelmarin2399
Minggu Ini21819
Bulan Ini50538
Jumlah Pengunjung27516981