faq lokasi aduan peta


BERITA KHAS

YANG BERHORMAT MULIA TENGKU YANG DIPERTUA MAIK

MAJLIS PENYERAHAN CEK ZAKAT PERNIAGAAN CELCOM AXIATA BERHAD BAGI TAHUN 2017

30 April 2018 (Isnin) - Satu program meraikan pihak Celcom Axiata Berhad menyerahkan Cek Zakat Perniagaan Tahun 2017 kepada Yang Amat Berusaha Dr. Haji Nik Mohd Azlan bin Abd. Hadi telah berlangsung pada 30 April 2018 (Isnin) pada jam 3.00 petang bertempat di Bilik Mesyuarat Tingkat 4, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan. Cek Zakat perniagaan berjumlah RM93,580.00 ini telah diserahkan oleh Yang Berusaha Encik Farizad Khan bin Haji Mohd Ali, Regional Sales Manager, Eastern Region 8 Celcom Axiata Berhad. Majlis turut dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan kedua-dua agensi.

Berdasarkan rekod pihak Celcom Axiata Berhad telah membuat pembayaran zakat sebanyak 3 kali (termasuk pembayaran pada hari ini) dan diharapkan supaya perniagaan pihak Celcom Axiata Berhad ini terus kukuh dan diberkati Allah swt.

 

Disediakan Oleh : Wan Fadhlina Binti W.Yusuf

 

 

 


Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini1684
Kelmarin3211
Minggu Ini20197
Bulan Ini48916
Jumlah Pengunjung27515359