MAJLIS RAMAH MESRA YANG MAHA MULIA PEMANGKU RAJA KELANTAN BERSAMA PELAJAR-PELAJAR UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN (UMK) DAN PELAJAR-PELAJAR TAJAAN MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN (MAIK)
4 APRIL 2018 – Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan mengampuni perkenan untuk mencemar duli berjumpa dengan pelajar-pelajar tajaan Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) yang sedang mengikuti program Ijazah Sarjana Muda luar negara, di dalam satu Majlis Ramah Mesra Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan Bersama Pelajar-Pelajar Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Dan Pelajar-Pelajar Tajaan Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) bertempat di Park City Grand Plaza Kensington Hotel, 18-30 Lexham Garden, Konsington, London W8 5JE, United Kingdom.
Pihak Unit Pendidikan MAIK telah menerima pengesahan kehadiran pelajar daripada Education Attache (Admin & Finance), Education Malaysia UK & Ireland bahawa 6 orang pelajar tajaan MAIK di luar negara telah hadir ke sesi perjumpaan tersebut. Dalam sesi tersebut, pelajar-pelajar melaporkan bahawa YMM Pemangku Raja Kelantan mengutarakan pandangan YMM Tuanku dalam menuntut ilmu dan cetusan idea yang perlu ada di dalam diri setiap pelajar. YMM Tuanku juga turut menzahirkan harapan YMM Tuanku terhadap setiap pelajar tajaan MAIK dalam memajukan diri sekaligus membantu memajukan negara pada masa hadapan.
Disediakan Oleh : Siti Asmah Binti Abdul Ghafar