faq lokasi aduan peta


BERITA KHAS

YANG BERHORMAT MULIA TENGKU YANG DIPERTUA MAIK

MAIK MENYALURKAN SUMBANGAN KEPADA IBU TUNGGAL

Puan Azizah binti Johari merupakan seorang ibu tunggal kematian suami. Beliau menyara 4 orang anak yang masih bersekolah dengan bekerja mengisi arang kayu. Upah yang diterima adalah sebanyak RM15.00 sehari dan hanya bekerja 2 hari seminggu sahaja. Mereka sekeluarga tinggal di rumah sendiri, namun didirikan di atas tanah milik bapa mertuanya.

Pihak MAIK yang diwakili oleh AF Imam Tua Masjid Pasir Puteh  telah menyampaikan sumbangan wang tunai kepada Puan Azizah binti Johari  untuk menampung sara hidup mereka sekeluarga . Adalah diharapkan sumbangan ini dapat membantu mengurangkan sedikit bebanan kewangan  yang dihadapi oleh keluarga ini.

Sumbangan bantuan adalah bagi menyempurnakan titah perintah YMM Pemangku Raja Kelantan selaku YDP MAIK yang turut sama bersimpati di atas nasib yang menimpa keluarga ini.

 

Disediakan Oleh : Shamun Daud

 

 


Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini3767
Kelmarin5066
Minggu Ini8833
Bulan Ini32514
Jumlah Pengunjung29337131