IBU TUNGGAL MANGSA KEBAKARAN MENERIMA SUMBANGAN MAIK
Seorang ibu tunggal, Jarah binti Haron telah hilang tempat tinggal akibat kebakaran rumah beliau yang beralamat di kampung Putat, Kulim Wakaf Bharu Tumpat Kelantan pada 20 Julai, 2018. Semasa kejadian mangsa tiada di rumah.
Mangsa tidak mempunyai anak dan tinggal seorang diri di rumah dan tanah peninggalan arwah suaminya yang kini telah pun menjadi miliknya. Perbelanjaan harian mangsa hanya bergantung kepada sumbangan orang kampung dan saudara mara.
Mangsa kini tinggal menumpang di rumah pusaka peninggalan arwah orang tuanya yang kini didiami oleh anak saudaranya. Adalah diharapkan sumbangan yang disampaikan ini dapat meringankan sedikit bebanan yang ditanggung oleh ibu tunggal ini akibat musibah tersebut.
Sumbangan ini juga adalah bagi meyempurnakan titah YMM Pemangku Raja Kelantan. Sumbangan bantuan adalah bagi menyempurnakan titah perintah Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan selaku Yang Dipertua MAIK yang turut sama bersimpati di atas nasib yang menimpa keluarga ini.
Disediakan Oleh : Shamun Daud