faq lokasi aduan peta


BERITA KHAS

YANG BERHORMAT MULIA TENGKU YANG DIPERTUA MAIK

MAJLIS SANTUNI ANAK YATIM DARUL AITAM DAN PELAJAR MAAHAD TAHFIZ AL QURAN MAIK 2018

GRUP GRADUAN SULONG UKM ‘70 dengan kerjasama Pengurusan Darul Aitam dan Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK telah menganjurkan Majlis Santuni Anak-Anak Yatim Dan Pelajar-pelajar Maahad Tahfiz Al Quran yang bertemakan “Indahnya Silaturrahim” berlangsung pada 21 April 2018 bertempat di Dewan Utama, Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Panji, Kota Bharu.

Majlis tersebut telah diisi dengan sessi bual bicara santai oleh ahli-ahli grup melibatkan YBhg. Datuk Prof Dr. Sharifah Mastura, YBhg. Prof Dr. Maimon Abdullah, YBrs. Puan Halimah Hassan dan telah di moderator oleh YBhg. Prof Dr. Asiah Sarji.

YBhg. Datin Hajjah Nik Khatijah@Zubaidah Binti Nik Man, Ahli Jawatankuasa Pengurusan Darul Aitam, yang merupakan salah seorang ahli grup tersebut telah menyampaikan ucapan aluan manakala majlis penutup disempurnakan oleh YABrs. Dr Haji Nik Mohd Azlan Abdul Hadi, Timbalan Yang Dipertua MAIK.

 

Disediakan Oleh : Sukkma Bt Mohd Zain

 

 

 


Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini988
Kelmarin3481
Minggu Ini16290
Bulan Ini45009
Jumlah Pengunjung27511452