faq lokasi aduan peta


BERITA KHAS

YANG BERHORMAT MULIA TENGKU YANG DIPERTUA MAIK

PESAKIT KRONIK MENERIMA SUMBANGAN MAIK

Encik Mohd. Rosdi bin Hamzah, telah disahkan mengidap penyakit yang berkaitan dengan masalah hati dan juga paru-paru berair sejak lebih 4 tahun yang lalu. Beliau tidak berkerja kerana ke penyakit tersebut dan isteri juga tidak bekerja kerana menjaga beliau yang sering dimasukkan ke hospital. Mereka hanya mengharapkan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM200.00 sebulan untuk meneruskan kelangsungan hidup.  Pasangan ini mempunyai 3 orang anak iaitu seorang bersekolah di sekolah menengah, seorang OKU dan seorang tidak bersekolah dan masih menganggur.

Pihak MAIK yang diwakili oleh YABrs. Dr. Timbalan Yang Dipertua telah menyampaikan sumbangan wang tunai  untuk menampung kos rawatan Encik Mohd. Rosdi bin Hamzah. Adalah diharapkan sumbangan ini dapat membantu mengurangkan sedikit bebanan kewangan  yang dihadapi oleh keluarga ini.

Sumbangan bantuan adalah bagi menyempurnakan titah perintah Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan selaku Yang Dipertua MAIK yang turut sama bersimpati di atas nasib yang menimpa keluarga ini.

 

Disediakan Oleh : Shamun Daud

 

 

 


Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini298
Kelmarin2399
Minggu Ini21210
Bulan Ini49929
Jumlah Pengunjung27516372