faq lokasi aduan peta


BERITA KHAS

YANG BERHORMAT MULIA TENGKU YANG DIPERTUA MAIK

MAJLIS PENYERAHAN CEK ZAKAT PERNIAGAAN ANGKATAN KOPERASI KEBANGSAAN MALAYSIA BERHAD (ANGKASA) BAGI TAHUN 2017

11 Julai 2018 (Rabu) - Satu program meraikan pihak Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) menyerahkan Cek Zakat Perniagaan Tahun 2017 kepada Yang Amat Berusaha Dr. Haji Nik Mohd Azlan bin Abd. Hadi telah berlangsung pada 11 Julai 2018 (Rabu) pada jam 10.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Tingkat 4, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan. Cek Zakat perniagaan berjumlah RM91,431.06 ini telah diserahkan oleh YBrs. Mohd Zin bin Halim, Setiausaha Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA). Majlis turut dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan kedua-dua agensi.

 

Berdasarkan rekod pihak ANGKASA telah membuat pembayaran zakat sebanyak 16 kali (termasuk pembayaran pada hari ini) dan diharapkan supaya perniagaan pihak ANGKASA ini terus kukuh dan diberkati Allah swt.

 

Disediakan Oleh : Wan Fadhlina Binti W.Yusuf

 

 

 


Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini3584
Kelmarin5146
Minggu Ini13796
Bulan Ini37477
Jumlah Pengunjung29342094