faq lokasi aduan peta


BERITA KHAS

YANG BERHORMAT MULIA TENGKU YANG DIPERTUA MAIK

IBU TUNGGAL MENERIMA SUMBANGAN MAIK

Puan Hayati binti Ibrahim merupakan seorang ibu tunggal kematian suami akibat pendarahaan usus. Beliau juga mengidap penyakit saraf sejak 8 tahun yang lalu dan tidak dapat bekerja. Merupakan penerima bantuan bulanan Jabatan Kebanjikan Masyarakat sebanyak RM400.00 sebulan dan menyara 7 orang anak. 4 daripada anak beliau merupakan OKU fizikal dan kini dalam jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat Perlis dan dan Rumah Kebajikan Pengkalan Chepa.  Dua orang anak berada di bawah jagaan Puan Hayati.

Pihak MAIK yang diwakili oleh YABrs. Dr. Timbalan Yang Dipertua telah menyampaikan sumbangan wang tunai kepada Puan Hayati binti Ibrahim untuk menampung sara hidup mereka sekeluarga . Adalah diharapkan sumbangan ini dapat membantu mengurangkan sedikit bebanan kewangan  yang dihadapi oleh keluarga ini.

Sumbangan bantuan adalah bagi menyempurnakan titah perintah YMM Pemangku Raja Kelantan selaku YDP MAIK yang turut sama bersimpati di atas nasib yang menimpa keluarga ini.

 

Disediakan Oleh : Shamun Daud

 

 

 


Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini1605
Kelmarin3211
Minggu Ini20118
Bulan Ini48837
Jumlah Pengunjung27515280