PELANCARAN APLIKASI MOBILE APPS MAIK MYMAIK E-ZAKAT PAYMENT
17 Julai 2018 - MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN (MAIK) secara rasminya telah mempromosikan aplikasi MyMAIK eZakat Payment (Android) bertujuan memaklumkan kepada masyarakat tentang kemudahan membayar zakat melalui melalui telefon pintar.
Aplikasi ini telah dibangunkan secara “in-house” dan diperkenalkan selepas kejayaan MAIK melaksanakan e-zakat payment , bermula pada tahun 2011 yang telah membantu orang ramai melaksanakan bayaran zakat secara online. Kaedah bayaran diperluaskan daripada bayaran secara online menggunakan peranti desktop , laptop atau tablet kepada bayaran menggunakan peranti telefon pintar (smartphone). Aplikasi ini juga telah berdaftar di Google Play pada 1 Disember 2016. Yang Amat Berusaha Dr. Nik Mohd Azlan Abd Hadi, Timbalan Yang Dipertua MAIK memaklumkan setakat 15 julai 2018 aplikasi ini telah dimuatturun sebanyak 1,438 orang, 204 pengguna dengan kutipan sebanyak RM113,237.11 walaupun penggunaannya masih belum diwar-warkan secara besar-besaran.
Antara kelebihan aplikasi ini adalah :
- Pembayaran boleh dbuat dimana-mana dan bila-bila masa sahaja.
- Pembayaran yang selamat (secure) dengan FPX / MIGS Gateway.
- Memudahkan dan mempercepatkan urusan pembayaran zakat.
- Ruangan pengiraan melalui :
a) Kalkulator Zakat Pendapatan
b) Kalkulator Zakat Wang Simpanan
c) Kalkulator Zakat Emas
Semoga dengan adanya aplikasi ini akan memberi kemudahan kepada orang awam dalam menunaikan salah satu ibadah dari rukun Islam yang lima iaitu berzakat dan memenuhi keperluan terknologi masa kini iaitu berzakat secara mudah, cepat dan selamat melalui telefon pintar.
Disediakan Oleh : Nur Faezah Binti Mohd Ghazali