faq lokasi aduan peta


BERITA KHAS

YANG BERHORMAT MULIA TENGKU YANG DIPERTUA MAIK

PROGRAM PUTERI’S POTLUCK

Pihak pengurusan Darul Aitam (Puteri) dengan kerjasama pelajar praktikum Universiti Sains Malaysia (USM) telah mengadakan program Puteri’s Potluck pada 28 Julai 2018 bersamaan 15 Zulkaedah 1439H bertempat di Taman Perbandaran Tengku Anis, Kota Bharu. Program ini bertujuan memberi peluang kepada penghuni untuk meghilangkan tekanan belajar di samping merapatkan hubungan antara kakitangan dan penghuni. Program ini juga menjadi satu medium kepada para penghuni untuk keluar melihat dan mentadabbur keindahan alam.

Pada jam 9 pagi, semua penghuni berkumpul di Taman Perbandaran Tunku Anis dengan lengkap berpakaian sukan. Puteri’s Potluck bermula dengan aktiviti senamrobik. Setelah itu, beberapa permainan santai seperti ‘Kotak Beracun’ yang bertujuan menguji tahap pengetahuan dan pemahaman penghuni diadakan. Manakala permainan ‘Radio Berkarat’ diadakan bertujuan untuk  menguji minda penghuni berdasarkan teka-teki yang diberi.  Jamuan makan bermula setelah selesai semua permainan. Antara makanan yang disediakan sepanjang program Puteri’s Potluck ini ialah mee hoon goreng, kuih cream puff, kek coklat, roti sandwich, brownies, sate ikan dan buah-buah tempatan. Selepas makan, semua penghuni kemudiannya diberi peluang melakukan aktiviti sendiri.

Program berakhir kira-kira pukul 12.00 tengah hari. Semua penghuni dan kakitangan kelihatan gembira dan berpuas hati dengan aktiviti serta makanan yang enak sepanjang program.

 

Disediakan Oleh : Sukkma Bt Mohd Zain

 

 

 


Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini2872
Kelmarin3540
Minggu Ini12470
Bulan Ini12470
Jumlah Pengunjung29317087