faq lokasi aduan peta


BERITA KHAS

YANG BERHORMAT MULIA TENGKU YANG DIPERTUA MAIK

LAWATAN DAN PEMANTAUAN GUDANG DAN PREMIS WAKAF MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) adalah badan pengawal utama hartanah wakaf di Negeri Kelantan. Unit Wakaf telah dipertanggungjawabkan untuk mengurus dan mengawal hartanah wakaf dibawah kawalan MAIK.

Hartanah wakaf bukan sahaja melibatkan tanah yang diwakafkan untuk tujuan masjid, kubur, pondok dan sekolah sahaja, malah ia melibatkan sewaan tanah, premis serta gudang wakaf yang mana hasil sewaannya dikembalikan semula kepada masyarakat melalui pelbagai program wakaf.

Unit Wakaf sentiasa menjalankan lawatan dan pemantauan secara berkala bagi memastikan harta-harta wakaf terjaga dan terkawal. Pada 8 September 2018, Puan Shakirah Bt Mohamad, Pegawai Wakaf MAIK bersama Puan Rohayu Bt Rozi, Penolong Pegawai Penilai MAIK dan Encik Mohd Zainuldin Bin Ab.Murad, Jurutera Kanan MAIK, telah membuat lawatan ke rumah-rumah wakaf di Jajahan Pasir Puteh dan Kota Bharu. Lawatan ini bertujuan untuk membuat pemantauan kerosakan, dan mendapatkan aduan penyewa.

Pihak MAIK sedaya upaya akan memastikan amanah yang diberikan oleh pewakaf akan sentiasa dijaga dan terpelihara mengikut hukum syarak. Semoga pewakaf, penyumbang wakaf dan mereka yang manghidupkan amalan wakaf ini mendapat rahmat dan ganjaran berterusan daripada Allah swt.

 

“SAHAM AKHIRAT, BERWAKAFLAH WALAU SEDIKIT”

 

Disediakan Oleh : Siti Nuridayu Bt Mohd Othman

 

flickr
www.flickr.com
                   

 

 


Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini205
Kelmarin3211
Minggu Ini18718
Bulan Ini47437
Jumlah Pengunjung27513880