faq lokasi aduan peta


BERITA KHAS

YANG BERHORMAT MULIA TENGKU YANG DIPERTUA MAIK

YMM PEMANGKU RAJA KELANTAN MENGURNIAKAN SUMBANGAN KEPADA MANGSA KEBAKARAN DI JALAN SRI CEMERLANG

YMM Pemangku Raja Kelantan telah mengampuni perkenan berangkat mencemar duli ke Majlis Pengurniaan Sumbangan Kepada Mangsa-Mangsa Kebakaran di Jalan Seri Cemerlang Kota Bharu yang telah diadakan di Istana Kota Lama pada 4 Oktober, 2018.

Kebakaran yang berlaku pada 30 September, 2018 kira-kira jam 8.00 malam telah memusnahkan 22 buah rumah di kawasan tersebut. Kebanyakan mangsa tinggal sehelai sepinggang kerana api merebak begitu pantas dan mereka hanya sempat menyelamatkan nyawa masing-masing.

Sebagai tanda simpati di atas kejadian yang menimpa mangsa-mangsa kebakaran ini, YMM Pemangku Raja Kelantan merangkap Yang Dipertua MAIK telah mengurniakan sumbangan wang tunai untuk menampung kos sara hidup mereka sekeluarga. Adalah diharapkan sumbangan ini dapat membantu mengurangkan sedikit bebanan yang dihadapi oleh mereka akibat daripada musibah ini.

 

Disediakan Oleh : Shamun Daud

 

 

 


Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini2261
Kelmarin2729
Minggu Ini4991
Bulan Ini54622
Jumlah Pengunjung27521065