faq lokasi aduan peta


BERITA KHAS

YANG BERHORMAT MULIA TENGKU YANG DIPERTUA MAIK

PROMOSI ZAKAT BULAN SEPTEMBER BAGI TAHUN 2018

Unit Zakat MAIK telah mengadakan promosi zakat sepanjang bagi bulan September 2018 di seluruh Negeri Kelantan dengan mendapat persetujuan dengan jabatan-jabatan kerajaan dan agensi swasta yang terlibat. Promosi zakat melibatkan taklimat zakat, pembukaan kaunter luar zakat dan juga menyediakan perkhidmatan Van Zakat Bergerak MAIK bagi memberi kemudahan pengiraan zakat, pertanyaan kemusykilan berkaitan hukum zakat, pembayaran zakat dan pengedaran pamplet zakat serta borang potongan gaji zakat MAIK.

Jenis Promosi : Taklimat Zakat

 1) Taklimat Pengurusan Zakat Sempena Program Ziarah Asnaf Kelantan Kepada Koperasi-Koperasi Anjuran Angkasa

Jenis Promosi : Kaunter Luar Zakat

  • SMK Sering
  • SMK Pahi
  • SMK Sungai Asap
  • SMK Seri Intan
  • SK Bukit Merbau
  • SK Chicha Tinggi                          

Jenis Promosi : Van Bergerak MAIK

  • Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan (SUK)
  • Wisma Persekutuan
  • Pasar Siti Khadijah
  • Dataran Ilmu
  • Bazar Tok Guru
  • RTC Tunjong
  • Perkarangan Masjid Muhammadi Kota Bharu

Pihak MAIK mengucapkan jutaan terima kasih diatas sambutan yang menggalakkan daripada jabatan-jabatan ini kerana para pembayar tidak mempunyai masa untuk ke kaunter zakat MAIK kerana kekangan masa bekerja. Pihak MAIK juga akan sentiasa memberi perkhidmatan yang terbaik untuk para pembayar dan juga masyarakat sekitar bagi turut sama membantu Unit Agihan Zakat untuk menyebarkan maklumat berkaitan bantuan-bantuan zakat yang telah dilaksanakan kepada asnaf yang layak.Program promosi zakat ini akan terus dijalankan sepanjang tahun dengan penglibatan daripada jabatan-jabatan lain di seluruh Negeri Kelantan dan semoga mendapat kerjasama yang baik dari pelbagai pihak bagi mempromosikan kegiatan kutipan dan agihan zakat MAIK.

 

 

Disediakan Oleh : Wan Fadhlina Binti W.Yusuf

 

flickr
www.flickr.com

 

 


Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini190
Kelmarin2729
Minggu Ini2920
Bulan Ini52551
Jumlah Pengunjung27518994