MAIK MENYALURKAN SUMBANGAN KEPADA IBU TUNGGAL
Puan Azizah binti Johari merupakan seorang ibu tunggal kematian suami. Beliau menyara 4 orang anak yang masih bersekolah dengan bekerja mengisi arang kayu. Upah yang diterima adalah sebanyak RM15.00 sehari dan hanya bekerja 2 hari seminggu sahaja. Mereka sekeluarga tinggal di rumah sendiri, namun didirikan di atas tanah milik bapa mertuanya.
Pihak MAIK yang diwakili oleh AF Imam Tua Masjid Pasir Puteh telah menyampaikan sumbangan wang tunai kepada Puan Azizah binti Johari untuk menampung sara hidup mereka sekeluarga . Adalah diharapkan sumbangan ini dapat membantu mengurangkan sedikit bebanan kewangan yang dihadapi oleh keluarga ini.
Sumbangan bantuan adalah bagi menyempurnakan titah perintah YMM Pemangku Raja Kelantan selaku YDP MAIK yang turut sama bersimpati di atas nasib yang menimpa keluarga ini.
Disediakan Oleh : Shamun Daud