MANGSA KEBAKARAN MENERIMA SUMBANGAN MAIK
Kesukaran menjalani kehidupan yang terpaksa ditanggung oleh Minah bt Dollah ekoran kebakaran rumah kediaman sedikit terubat dengan kunjungan YABrs. Timbalan Yang Dipertua MAIK untuk menyampaikan sumbangan wang zakat berjumlah RM2000. Rumah yang didiami oleh beliau di Kampung Gaung, Lati, Pasir Mas bersama seorang anak, menantu serta 4 orang cucu telah terlibat dengan kebakaran pada 27 Mac, 2018. Kebakaran berpunca daripada litar pintas dan memusnahkan keseluruhan rumah tersebut namun tiada kemalangan jiwa.
Adalah diharapkan sumbangan ini dapat membantu mengurangkan sedikit bebanan kewangan yang dihadapi oleh keluarga ini.
Sumbangan bantuan adalah bagi menyempurnakan titah perintah YMM Pemangku Raja Kelantan selaku YDP MAIK yang turut sama bersimpati di atas nasib yang menimpa keluarga ini.
Disediakan Oleh : Shamun Daud