UJIAN BERTULIS BAGI PEMILIHAN CALON PROGRAM PENGAJIAN ASNAF LEPASAN SPM (A-LEVEL) AMBILAN 2018
6 MEI 2018, Seramai 15 orang pelajar lepasan SPM 2017 telah menduduki ujian bertulis di Dewan Utama, Tingkat 2, Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) selama Dua (2) jam. Peperiksaan ini merupakan pra-syarat bagi calon pelajar A-Level sebelum berjaya mendapatkan biasiswa tajaan MAIK.
Antara terkandung di dalam kertas ujian tersebut adalah soalan-soalan berkaitan Pengetahuan Am, Pendidikan Islam, Penulisan, Psikometrik dan lain-lain. Hanya calon yang terdiri dari golongan Asnaf Miskin dan telah melepasi tapisan pertama layak menduduki ujian ini. Setelah melepasi ujian ini, calon akan ditemuduga pada pertengahan bulan Mei ini seterusnya mendaftar sebagai pelajar A-Level pada Julai 2018.
Disediakan Oleh : Siti Asmah Binti Abdul Ghafar