faq lokasi aduan peta


BERITA KHAS

YANG BERHORMAT MULIA TENGKU YANG DIPERTUA MAIK

MAJLIS PENYERAHAN CEK ZAKAT PERNIAGAAN TENAGA NASIONAL BERHAD BAGI TAHUN 2017

3 Mei 2018 (Khamis) - Satu program meraikan pihak Tenaga Nasional Berhad menyerahkan Cek Zakat Perniagaan Tahun 2017 kepada Yang Amat Berusaha Dr. Haji Nik Mohd Azlan bin Abd. Hadi telah berlangsung pada 3 Mei 2018 (Khamis) pada jam 3.15 petang bertempat di Bilik Mesyuarat Tingkat 4, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan. Cek Zakat perniagaan berjumlah RM5,940,591.68 ini telah diserahkan oleh Yang Berbahagia Dato’ IR Haji Md. Yuslan bin Md Yusof, Pengurus Besar (Perkhidmatan Pelanggan) Kelantan Bahagian Pembahagian TNB. Majlis turut dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan kedua-dua agensi.

Berdasarkan rekod pihak Tenaga Nasional Berhad telah membuat pembayaran zakat sebanyak 14 kali (termasuk pembayaran pada hari ini) dan diharapkan supaya perniagaan pihak Tenaga Nasional Berhad ini terus kukuh dan diberkati Allah swt.

 

Disediakan Oleh : Wan Fadhlina Binti W.Yusuf

 

 

 


Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini400
Kelmarin2729
Minggu Ini3130
Bulan Ini52761
Jumlah Pengunjung27519204