faq lokasi aduan peta


BERITA KHAS

YANG BERHORMAT MULIA TENGKU YANG DIPERTUA MAIK

MAJLIS PENYERAHAN CEK ZAKAT PERNIAGAAN PERBADANAN USAHAWAN NASIONAL BERHAD (PUNB) BAGI TAHUN 2017

11 Julai 2018 (Rabu) - Satu program meraikan pihak Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) menyerahkan Cek Zakat Perniagaan Tahun 2017 kepada Yang Amat Berusaha Dr. Haji Nik Mohd Azlan bin Abd. Hadi telah berlangsung pada 11 Julai 2018 (Rabu) pada jam 11.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Tingkat 4, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan. Cek Zakat perniagaan berjumlah RM70,000.00 ini telah diserahkan oleh YBhg. Dato’ Haji Azhar bin Haji Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB). Majlis turut dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan kedua-dua agensi.

Berdasarkan rekod pihak PUNB telah membuat pembayaran zakat sebanyak 9 kali (termasuk pembayaran pada hari ini) dan diharapkan supaya perniagaan pihak PUNB ini terus kukuh dan diberkati Allah swt.

 

Disediakan Oleh : Wan Fadhlina Binti W.Yusuf

 

 

 


Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini614
Kelmarin5146
Minggu Ini10826
Bulan Ini34507
Jumlah Pengunjung29339124