faq lokasi aduan peta


BERITA KHAS

YANG BERHORMAT MULIA TENGKU YANG DIPERTUA MAIK

MAJLIS RAMAH MESRA PARA PELAJAR IJAZAH TAJAAN MAIK YANG MENUNTUT DI DALAM DAN LUAR NEGARA

14 JULAI 2018 - Majlis Ramah Mesra Pelajar Ijazah Tajaan Majilis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) Yang Menuntut Di Dalam Dan Luar Negara telah terlaksana dengan jayanya di Al-Khatiri Restaurant yang mana telah dihadiri oleh 20 orang pelajar tajaan MAIK yang akan dan sedang ditaja di bawah Program Pengajian Asnaf Lepasan SPM. Objektif utama majlis tersebut ialah bagi merapatkan silaturahim di antara pihak pengurusan MAIK dan para pelajar tajaan MAIK. Ia juga bertujuan memberi kesedaran kepada pelajar tajaan MAIK tentang kepentingan komunikasi dengan pihak pengurusan MAIK. Dalam majlis tersebut, YBhg. Prof. Emeritus Dato’ Ir. Dr. Zainai Bin Mohamed yang juga selaku Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan MAIK sempat menceritakan pengalaman belajar dan kerjaya beliau dari dulu sehingga kini. Beliau turut memberi beberapa tips dalam menguruskan masa agar masa yang berkualiti dapat dimanfaatkan dengan bijak. Pertemuan seumpama ini sedikit sebanyak telah memberi pendedahan yang lebih telus kepada para pelajar MAIK terhadap pengurusan pihak MAIK.

 

 

Disediakan Oleh : Siti Asmah Binti Abdul Ghafar

 


Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini651
Kelmarin5066
Minggu Ini5717
Bulan Ini29398
Jumlah Pengunjung29334015