faq lokasi aduan peta


BERITA KHAS

YANG BERHORMAT MULIA TENGKU YANG DIPERTUA MAIK

PROMOSI ZAKAT SEPANJANG BULAN RAMADHAN 2018

Majlis Agama Islam Dan Adat istiadat Melayu Kelantan (MAIK) sentiasa proaktif dalam memberi kesedaran kepada masyarakat khususnya rakyat Negeri Kelantan untuk bersama membangun dan membantu golongan asnaf menerusi bantuan Zakat. Sehubungan dengan itu, Unit Zakat telah mengadakan promosi Zakat  dengan membuka kaunter dalam dan luar zakat sepanjang bulan Ramadhan 1439Hijrah bermula 17 Mei sehingga 14 Julai 2018.

Antara lokasi yang terpilih adalah di KB Mall, Aeon Mall, Giant Tunjung dan juga di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Pengkalan Chepa, Kilang Rohm Wako serta Hotel Perdana dengan kerjasama pihak  Masjid Assalam Pengkalan Chepa dan Masjid Muhammadi Kota Bharu.

Selain itu, Van Bergerak MAIK turut mengadakan siri promosi zakat di Politikenik Jeli dan Kota Bharu, Wisma Persekutuan Kota Bharu, UiTM Machang, Dataran Ilmu Kota Bharu, LHDN Kota Bharu, Pejabat Setiausaha Negeri Kelantan, Hotel Al-Ansar, Kolej Matrikulasi Kok Lanas, Pasar Siti Khadijah, Bazar Tok Guru dan di RTC Tunjong. Perkhidmatan yang disediakan di Van Bergerak MAIK antaranya khidmat pengiraan zakat, pertanyaan kemusykilan berkaitan hukum zakat, pembayaran zakat dengan penyediaan resit rasmi tanpa perlu ke kaunter pejabat MAIK serta penerangan bekaitan pewakafan, penjualan buku-buku terbitan MAIK dan pertanyaan sewaan gudang MAIK.

Pembukaan Kaunter Luar Zakat ini bukan sahaja mempromosikan kewajipan berzakat, malah memberi peluang kepada orang ramai untuk mendapatkan khidmat  pengiraan zakat secara percuma, pengedaran pamphlet zakat dan borang potongan gaji zakat MAIK serta membantu masyarakat dalam pelbagai kemusykilan berkaitan kutipan dan agihan zakat.

Pihak MAIK mengucapkan jutaan terima kasih diatas sambutan yang menggalakkan oleh masyarakat serta petugas-petugas kaunter yang memberi komitmen padu di sepanjang program ini berlangsung. Pihak MAIK juga mendoakan semoga Allah memberi ganjaran atas pembayaran zakat yang dilaksanakan dan mudah-mudahan diberkati Allah Taala.

 

Disediakan Oleh : Wan Fadhlina Binti W.Yusuf

 

 

 

flickr
www.flickr.com
                   

 


Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini4574
Kelmarin4019
Minggu Ini28255
Bulan Ini28255
Jumlah Pengunjung29332872