faq lokasi aduan peta


BERITA KHAS

YANG BERHORMAT MULIA TENGKU YANG DIPERTUA MAIK

MAIK MENGHULURKAN SUMBANGAN KEPADA MANGSA KEBAKARAN

Mangsa rumah terbakar, Encik Ibrahim bin Mat menerima sumbangan dari  Imam Tua Masjid bandar Gua Musang selaku wakil MAIK . Kebakaran berlaku  pada 20 Julai, 2018 lebih kurang jam 8.00 malam di mana beliau dan isteri tiada dirumah yang memusnahkan keseluruhan  rumah mangsa di Kampung Star,  Gua Musang. Tiada kemalangan jiwa di dalam kebakaran itu yang disyaki berpunca daripada litar pintas. En Ibrahim Bin Mat yang juga Pengelola Dakwah Halaqat Gua Musang dan keluarga  tinggal sehelai sepinggang dan kini  menumpang rumah jiran.

Adalah diharapkan sumbangan yang disampaikan oleh pihak MAIK dapat meringankan sedikit bebanan yang ditanggung akibat musibah  tersebut.

Sumbangan bantuan adalah bagi menyempurnakan titah perintah Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan selaku Yang Dipertua MAIK yang turut sama bersimpati di atas nasib yang menimpa keluarga ini.

 

Disediakan Oleh : Shamun Daud

 

 

 


Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini3231
Kelmarin3207
Minggu Ini19402
Bulan Ini19402
Jumlah Pengunjung29324019