faq lokasi aduan peta


BERITA KHAS

YANG BERHORMAT MULIA TENGKU YANG DIPERTUA MAIK

IBU TUNGGAL MENERIMA SUMBANGAN MAIK

Puan Idanorimi binti Mohamed  merupakan  ibu tunggal yang tinggal di Kampung Kubang Bemban, Jalan Meranti, Pasir Mas. Beliau menyara 4 orang anak yang masih bersekolah berumur 10 hingga 16 tahun dengan bekerja sebagai pembantu kedai ayam proses dengan pendapatan RM600.00 sebulan disamping bantuan JKM sebanyak RM400.00 sebulan.. Mereka sekeluarga tinggal menumpang di ruangan dapur rumah yang dimiliki oleh abang beliau kerana tidak mampu menyewa rumah.

Pihak MAIK yang diwakili oleh YABrs. Dr. Timbalan Yang Dipertua telah menyampaikan sumbangan wang tunai kepada Puan Idanorimi untuk menampung sara hidup mereka sekeluarga . Adalah diharapkan sumbangan ini dapat membantu mengurangkan sedikit bebanan kewangan  yang dihadapi oleh keluarga ini.

Sumbangan bantuan adalah bagi menyempurnakan titah perintah Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan selaku Yang Dipertua MAIK yang turut sama bersimpati di atas nasib yang menimpa keluarga ini.

 

Disediakan Oleh : Shamun Daud

 

 

 


Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini410
Kelmarin3207
Minggu Ini16581
Bulan Ini16581
Jumlah Pengunjung29321198