faq lokasi aduan peta


BERITA KHAS

YANG BERHORMAT MULIA TENGKU YANG DIPERTUA MAIK

MAJLIS MESRA AIDILFITRI TAHUN 1439H BERSAMA MASYARAKAT ORANG ASLI NEGERI KELANTAN DI KOA POS GOB

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah mengadakan satu Majlis Mesra Aidilfitri Tahun 1439H Bersama Masyarakat Orang Asli Di Perkampungan Pos Gob pada 25 Syawal 1439H bersamaan 09 Julai 2018.

Program ini merupakan acara tahunan Unit Dakwah MAIK untuk mewujudkan kerjasama yang erat di kalangan pendakwah supaya dapat merealisasikan konsep dakwah secara teori dan praktikal agar mendapat natijah yang baik.

Walaupun masyarakat Muslim di Pos Gob tidak ramai, namun inilah salah satu konsep dakwah – dakwah bil hal yang digunakan bagi menarik minat masyarakat Orang Asli bukan Islam supaya mengenali agama Islam dengan lebih dekat. Masyarakat yang penuh ramah dan berbudi pekerti menjadikan program dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Antara pengisian program adalah mengadakan ziarah Mahabbah ke rumah-rumah masyarakat Orang Asli di sekitar Pos Gob, majlis penyaksian kalimah syahadah dan majlis sumbangan duit raya kepada kanak-kanak Orang Asli. Di samping dapat beramah mesra dengan penduduk kampung tersebut.

Program ini dirasmikan oleh AF Ustaz Hj. Murtadha bin Hj. Abdullah yang mewakili Timbalan Yang Dipertua MAIK. Seramai 40 orang pegawai dan kakitangan yang terlibat dalam menjayakan program termasuklah kerjasama daripada Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang, Majlis Daerah Gua Musang, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan dan Penggerak Masyarakat Orang Asli (JAKIM).

 

Disediakan Oleh : Siti Farahida Binti Fauzi

 

flickr
www.flickr.com
                   

 

 


Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini598
Kelmarin4313
Minggu Ini15123
Bulan Ini38804
Jumlah Pengunjung29343421