faq lokasi aduan peta


BERITA KHAS

YANG BERHORMAT MULIA TENGKU YANG DIPERTUA MAIK

PROGRAM HARI KESEDARAN PENJAGAAN KESIHATAN 2018

Majlis Agama Islam dan Adat istiadat Melayu Kelantan (MAIK) dengan kerjasama pelajar praktikum Universiti Sains  Malaysia Kampus Kubang Kerian (USM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah mengadakan Program Hari Kesedaran Penjagaan Kesihatan 2018 pada 21 Julai 2018 bersamaan  8 Zulkaedah 1939H di Dewan Makan Darul Aitam, Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Kota Bharu Kelantan. Program yang melibatkan penghuni dan kakitangan  Rumah Kebajikan dan Anak-Anak Yatim Darul Aitam  ini bertujuan memupuk kesedaran tentang  kepentingan penjagaan kesihatan dan pencegahan penyakit terutamanya dari aspek pemakanan.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang program berlangsung yang bermula dari pukul 8.30 pagi hingga 1.30 petang. Antara aktiviti tersebut ialah pemeriksaan kesihatan dan pemeriksaan gigi secara percuma, ceramah berkaitan pemakanan, pameran informasi kesihatan serta sesi cabutan bertuah.

Program ini bermula dengan alunan Asmaul Husna diikuti oleh bacaan doa wakil daripada pelajar putera. Kemudian, program diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh pengarah program iaitu, Ameer Izzuddin bin Mohamad Nazri, pelajar praktikum dari USM. Seterusnya, ucapan perasmian disempurnakan oleh Pengurus Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Ustaz Che Alias bin Harun.  Program ini diserikan dengan persembahan nyanyian daripada pelajar Rumah kebajikan  Darul Aitam Puteri dan persembahan pengucapan awam daripada wakil pelajar puteri dan putera. Selepas itu, program ini diteruskan dengan ceramah berkaitan pemakanan bertajuk ‘Pencegahan Penyakit Kronik Melalui Amalan Pemakanan’ yang disampaikan oleh Encik Mohd Hairil Nizam bin Abd Hamid, pegawai dietetik Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM). Melalui ceramah yang disampaikan diharap para peserta program memperoleh maklumat yang berguna tentang tabiat makan yang boleh mencegah penyakit kronik.

Setelah selesai sesi ceramah berkaitan pemakanan, sesi penyampaian cenderahati kepada penceramah jemputan dan wakil pasukan kesihatan serta pasukan perkhidmatan pergigian Hospital Universiti Sains Malaysia diadakan. Majlis bersambung dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang pertandingan pengucapan awam yang telah dilangsungkan masing-masing di peringkat Darul Aitam Puteri dan Darul Aitam Puteri. Program diakhiri dengan lawatan para hadirin ke pameran kesihatan dan aktiviti pemeriksaan kesihatan dan pemeriksaan gigi.

 

Disediakan Oleh : Wan Faizah bt Wan Muda (b/p Sukkma Bt Mohd Zain)

 

flickr
www.flickr.com
                   

 

 


Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini1741
Kelmarin3207
Minggu Ini17912
Bulan Ini17912
Jumlah Pengunjung29322529