faq lokasi aduan peta


BERITA KHAS

YANG BERHORMAT MULIA TENGKU YANG DIPERTUA MAIK

PELANCARAN APLIKASI MOBILE APPS MAIK MYMAIK E-ZAKAT PAYMENT

17 Julai 2018 -  MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN (MAIK) secara rasminya telah mempromosikan aplikasi MyMAIK eZakat Payment (Android) bertujuan memaklumkan kepada masyarakat tentang kemudahan membayar zakat melalui melalui telefon pintar.

Aplikasi ini telah dibangunkan secara “in-house” dan  diperkenalkan selepas kejayaan MAIK melaksanakan e-zakat payment , bermula pada tahun 2011 yang telah membantu orang ramai melaksanakan bayaran zakat secara online. Kaedah bayaran diperluaskan daripada bayaran secara online menggunakan peranti desktop , laptop atau tablet kepada bayaran menggunakan peranti telefon pintar (smartphone). Aplikasi ini juga telah berdaftar di Google Play pada 1 Disember 2016. Yang Amat Berusaha Dr. Nik Mohd Azlan Abd Hadi, Timbalan Yang Dipertua MAIK memaklumkan setakat 15 julai 2018 aplikasi ini telah dimuatturun sebanyak 1,438 orang, 204 pengguna dengan kutipan sebanyak RM113,237.11 walaupun penggunaannya masih belum diwar-warkan secara besar-besaran.

Antara kelebihan aplikasi ini adalah :

  1. Pembayaran boleh dbuat dimana-mana dan bila-bila masa sahaja.
  2. Pembayaran yang selamat (secure) dengan FPX / MIGS Gateway.
  3. Memudahkan dan mempercepatkan urusan pembayaran zakat.
  4. Ruangan pengiraan melalui :

          a) Kalkulator Zakat Pendapatan

          b) Kalkulator Zakat Wang Simpanan

          c) Kalkulator Zakat Emas

Semoga dengan adanya aplikasi ini akan memberi kemudahan kepada orang awam dalam menunaikan salah satu ibadah dari rukun Islam yang lima iaitu berzakat dan memenuhi keperluan terknologi masa kini iaitu berzakat secara mudah, cepat dan selamat melalui telefon pintar.

 

Disediakan Oleh : Nur Faezah Binti Mohd Ghazali

 

 

 


Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini468
Kelmarin4019
Minggu Ini24149
Bulan Ini24149
Jumlah Pengunjung29328766