faq lokasi aduan peta


BERITA KHAS

YANG BERHORMAT MULIA TENGKU YANG DIPERTUA MAIK

GOTONG – ROYONG MEGA DI DARUL AITAM PUTERI, MAIK

Pihak pengurusan Rumah Kebajikan Darul Aitam (Puteri) dengan kerjasama pelajar praktikum Universiti Sains Malaysia (USM) telah mengadakan program Gotong – royong Mega bertempat di Dewan Makan  Rumah Kebajikan Anak – Anak Yatim Darul Aitam (Puteri), Kampung Kubang Tuman, 15300 Kota Bharu, Kelantan. Program ini diadakan pada 3 Ogos 2018 bersamaan 21 Zulkaedah 1939H. Program ini bermula pada pukul 8.00 pagi sehingga 11.00 pagi. Program ini melibatkan semua penghuni puteri iaitu 48 orang, tukang masak bertugas; Puan Sabinah binti Che Wail dan warden bertugas; Puan Che Nab binti Mamat.

Program bermula dengan taklimat gotong – royong dan pembahagian tugas mengikut kumpulan. Penghuni dibahagikan mengikut tempat bertugas seperti ruang dapur, dewan makan, musolla, kawasan tanaman dan sebagainya. Melalui program ini, penghuni bersama – sama menyapu sampah, mop lantai, mengemas stor dan sebagainya bagi memastikan tempat kediaman mereka dalam keadaan bersih dan selamat. Penghuni juga didedahkan tentang kepentingan kebersihan dalam pencegahan penyakit dan penyediaan makanan yang selamat. Program gotong – royong ini diharapkan dapat memupuk budaya bersih dalam kalangan penghuni agar tempat kediaman mereka dalam keadaan bersih dan selesa.

 

Disediakan Oleh : Sukkma Bt Mohd Zain

 

flickr
www.flickr.com
                   

 

 


Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini315
Kelmarin3013
Minggu Ini6373
Bulan Ini6373
Jumlah Pengunjung29310990