faq lokasi aduan peta


BERITA KHAS

YANG BERHORMAT MULIA TENGKU YANG DIPERTUA MAIK

PROGRAM “LITTLE CHEF” DARUL AITAM PUTERA 2018

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan dengan kerjasama pelajar praktikum Universiti Sains Malaysia (USM) telah menganjurkan satu program memasak pada 04 Ogos 2018 bersamaan 22 Zulkaedah 1439H di Dewan Makan Darul Aitam Putera, Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Kota Bharu, Kelantan. Program yang dikenali sebagai “Little Chef ” ini dianjurkan untuk mengembangkan potensi dan kemahiran para penghuni Darul Aitam Putera dalam bidang masakan. Di samping itu, ia juga bertujuan untuk mendidik mereka agar mengaplikasikan gaya pemakanan yang lebih betul dan sihat dalam kehidupan seharian mereka. Seterusnya, ia untuk mengiktiraf kemampuan dan usaha mereka dalam menghasilkan masakan yang berkualiti.

Program ini bermula dari pukul 9.00 pagi sehingga pukul 11.30 tengah hari dimana para penghuni dipecahkan kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama diberi tugasan untuk menyediakan Roti Hamlet manakala kumpulan kedua ditugaskan untuk menyediakan Popia Nestum. Suasana yang begitu meriah dan reaksi teruja terutama bagi adik-adik cilik yang pertama kali masuk dapur untuk memasak. Kerjasama dan komitmen yang diberikan oleh mereka juga telah melancarkan aktiviti tersebut dengan jayanya.

Akhir sekali, program ini diakhiri dengan sesi menjamu selera bersama-sama di samping dapat meraikan usaha dan penat lelah setelah seharian bertungkus-lumus dalam menyediakan hidangan.

 

Disediakan Oleh : Alif Fahmi bin Mohd Fauzi

 

flickr
www.flickr.com
                   

 

 


Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini2796
Kelmarin3045
Minggu Ini5841
Bulan Ini5841
Jumlah Pengunjung29310458