faq lokasi aduan peta


BERITA KHAS

YANG BERHORMAT MULIA TENGKU YANG DIPERTUA MAIK

PROGRAM MINGGU PUTERA DAN PENGURUSAN KENDIRI 2018

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) dengan kerjasama pelajar praktikum Universiti Sains Malaysia (USM) telah menganjurkan Minggu Putera dan Pengurusan Kendiri 2018 bermula pada 26 Julai 2018  sehingga 28 Julai 2018 di sekitar kawasan Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra (KIJP), Kota Bharu, Kelantan. Program yang berlangsung selama tiga hari ini melibatkan penghuni dan beberapa kakitangan Rumah Kebajikan dan Anak - Anak Yatim Darul Aitam (Putera). 

Antara aktiviti pengisian yang dilaksanakan sepanjang program ini ialah Bengkel Amali Mandi Wajib pada hari Khamis iaitu  pada 26 Julai 2018 yang bertempat di Masjid Al-Mawaddah, KIJP. Bengkel ini bermula dengan solat Asar berjemaah diimamkan oleh Al-Fadhil Ustaz Wan Norazman bin Wan Husin. Selepas itu, bengkel ini diteruskan lagi dengan slot penyampaian secara teori dan amali kepada penghuni-penghuni Darul Aitam Putera yang dikendalikan oleh Al- Fadhil Ustaz Wan Muhammad Abu Bakr bin Wan Ibrahim, Pensyarah Maahad Tahfiz dan Al-Quran (MTQ). Bengkel ini diadakan untuk mendidik para peserta tentang cara-cara mandi wajib dengan betul serta menggalakkan mereka mengutamakan aspek kebersihan diri dalam kehidupan seharian mereka.

Pada hari Jumaat iaitu pada 27 Julai 2018, telah diadakan Bengkel Pengurusan Stres yang disampaikan oleh Encik Mohd Norzulhairie bin Othman, Pegawai Psikologi, Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan. Bengkel ini bermula dengan solat Isyak berjemaah dan berakhir pada pukul 10.30 malam bertempat di Dewan Makan Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra (KIJP), Panji, Kota Bharu. Bengkel ini dijalankan untuk mengenalpasti faktor-faktor penyumbang stres dalam kalangan penghuni Darul Aitam. Malahan, penghuni-penghuni juga diberi tunjuk ajar tentang langkah-langkah dalam menangani dan merawat stres.

Keesokannya, program diteruskan lagi dengan aktiviti sukaneka yang melibatkan para penghuni Darul Aitam dan warden bertugas. Aktiviti ini diadakan untuk mengeratkan ukhwah dan semangat kekitaan. Ia juga dapat memberi peluang kepada para penghuni untuk bersuka ria dan menghilangkan stres dalam belajar. Aktiviti yang bertempat di Padang Bola Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra bermula dari 9.30 pagi sehingga 11.00 pagi.

 

Disediakan Oleh : Alif Fahmi bin Mohd Fauzi

 

flickr
www.flickr.com
                   

 

 


Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini465
Kelmarin3540
Minggu Ini10063
Bulan Ini10063
Jumlah Pengunjung29314680