faq lokasi aduan peta


BERITA KHAS

YANG BERHORMAT MULIA TENGKU YANG DIPERTUA MAIK

SEMINAR PERANAN RAJA-RAJA MELAYU DALAM MENYATUKAN RAKYAT

7 Ogos 2018 bersamaan 25 Zulkaedah 1439H (Selasa) - Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan telah mengampuni perkenan untuk berangkat ke progam seminar Peranan Raja-raja Melayu Dalam Menyatukan Rakyat yang telah dianjurkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan dengan kerjasama Universiti Malaysia Kelantan bertempat di Dewan Bunga Emas, Tingkat 2, Hotel Perdana Kota Bharu.

Seminar Peranan Raja-raja Melayu Dalam Menyatukan Rakyat ini bermula pada jam 8.00 pagi dan diisi dengan dua pembentangan kertas makalah. Pembentangan kertas makalah pertama bertajuk Institusi Raja Dalam Menyatukan Rakyat Malaysia telah dibentangkan oleh Prof Datuk Dr. Abdullah Zakaria bin Ghazali, Pakar Sejarah Malaysia manakala kertas makalah kedua bertajuk Institusi Raja Dalam Pembangunan Politik, Ekonomi dan Sosio Budaya yang dibentangkan oleh Prof. Emeritus Dr. Hashim bin Musa.

Seminar ini diadakan bertujuan bagi membincangkan secara ilmiah mengenai Peranan Raja–raja Melayu Dalam Menyatukan Rakyat yang dilihat sebagai satu platform pemindahan ilmu kepada masyarakat. Selain itu, ia juga bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat tentang pentingnya Institusi D’Raja dijaga, dipelihara dan dimartabatkan bagi merealisasikan negara, tanah air, bangsa dalam sejahtera. Di samping itu juga, bagi  melahirkan rakyat yang cinta dan prihatin akan kewajaran menjaga dan memperkukuhkan institusi D’Raja Kelantan khususnya dan Malaysia amnya.

Lebih 600 orang peserta telah hadir yang terdiri daripada Ketua-ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan, Pegawai Tadbir Negeri, Pegawai Tadbir Ugama, Para Pensyarah dari beberapa IPTA dan IPTS negeri Kelantan, Badan – badan Beruniform, Guru – guru Yayasan Islam Kelantan (YIK) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Majlis Dakwah Negara (MDN), pegawai-pegawai serta kakitangan MAIK. Turut hadir pada program tersebut ialah  YAB. Ustaz Dato’ Haji Ahmad bin Yakob, (Dato’ Bentara Kanan) Menteri Besar Kelantan, YBM Tengku Tan Sri Dato’ Haji Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz, Tengku Temenggong Kelantan, Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan, Ahli Dewan Undangan Negeri, YB. Dato’ Haji Mohamad Shukri bin Haji Mohamad, Mufti Negeri Kelantan, YDH DCP Dato’ Hasanuddin bin Hassan, Ketua Polis Negeri Kelantan dan YBrs Tuan Haji Rusydee bin Abdullah, Setiausaha MAIK.

Keberangkatan Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan, Dr. Tengku Muhammad Fa-Iz Petra ibni Sultan Ismail Petra merangkap Yang Dipertua MAIK ke majlis tersebut pada jam 11.30 pagi dimulakan dengan alunan ayat-ayat suci al-Quran oleh saudara Ustaz Nazri bin Daud, Bilal Masjid Muhammadi. Majlis diteruskan dengan persembahan ucapan oleh YABrs. Dr. Haji Nik Mohd Azlan bin Abd Hadi, Timbalan Yang Dipertua MAIK dan seterusnya Titah Ucap Utama oleh Baginda Tuanku yang kemudiannya merasmikan gimik pelancaran buku “Sejarah Kesultanan Melayu Kelantan” terbitan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan dengan kerjasama Universiti Malaysia Kelantan. Seminar tersebut diakhiri dengan bacaan doa penutup oleh Imam Besar MAIK, YBrs. Al-Fadhil Tuan Haji Muhammad Hana Pizi bin Abdullah.

 

Disediakan Oleh : Faridah Binti Mohd Abdullah

 

flickr
www.flickr.com
                   

 

 


Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini319
Kelmarin3045
Minggu Ini3364
Bulan Ini3364
Jumlah Pengunjung29307981