faq lokasi aduan peta


BERITA KHAS

YANG BERHORMAT MULIA TENGKU YANG DIPERTUA MAIK

PROGRAM MOTIVASI PENGHUNI DARUL AITAM BERSAMA TENAGA PENGAJAR KELAS TUISYEN (THABAT MANAGEMENT SDN BHD) 2018

Pihak pengurusan Darul Aitam, Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) dengan kerjasama Tenaga Pengajar Kelas Tuisyen dari Thabat Management Sdn Bhd telah menganjurkan Program Motivasi Darul Aitam pada 11 September 2018 bertempat di Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra (KIJP), Panji.

Slot “Aku Muslim Luar Biasa” oleh Al Fadhil Ustaz Syakirin Yuslan bertujuan memotivasikan para penghuni untuk menjadi seorang khalifah yang hebat di muka bumi ini, manakala slot “I Love U” bersama Al Fadhil Ustaz Afiq Syazwan mengajak para penghuni untuk bermuhasabah diri agar tidak mensia-siakan masa muda sebelum datangnya masa tua. Semoga motivasi kali ini meninggalkan kesan yang positif ke dalam diri anak-anak Darul Aitam dan seterusnya dapat menjadi generasi yang hebat untuk membangunkan Malaysia dan memartabatkan agama Islam di mata dunia.

 

Disediakan Oleh : Sukkma Bt Mohd Zain

 

flickr
www.flickr.com
                   

 

 


Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini1480
Kelmarin3211
Minggu Ini19993
Bulan Ini48712
Jumlah Pengunjung27515155