faq lokasi aduan peta


BERITA KHAS

YANG BERHORMAT MULIA TENGKU YANG DIPERTUA MAIK

MAJLIS PENYERAHAN WAKAF BUKU MENERUSI PROGRAM WAKAF PENDIDIKAN MAIK KEPADA SEKOLAH MAAHAD MUHAMMADI PEREMPUAN KOTA BHARU

Pada 5 September 2018, satu Majlis Penyerahan Wakaf Buku menerusi Program Wakaf Pendidikan Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah diadakan di Sekolah Maahad Muhammadi (Perempuan) Kota Bharu Kelantan.

Melalui program ini, sebanyak  288 buah buku terbitan MAIK akan diagihkan kepada sekolah-sekolah terpilih dan Sekolah Maahad Muhammadi (Perempuan) Kota Bharu Kelantan telah terpilih sebagai sekolah pertama menerima Wakaf Buku MAIK

Majlis ini telah disempurnakan oleh Yang Amat Berusaha Dr. Haji Nik Mohd Azlan Bin Abd. Hadi, Timbalan Yang DiPertua MAIK diiringi oleh Yang Berusaha Puan Shakirah Binti Mohamad, Pegawai Wakaf MAIK. Pihak MAIK telah menyerahkan 48 buah buku dengan 24 judul berbeza kepada Sekolah Maahad Muhammadi (Perempuan) yang diwakili oleh pengetuanya iaitu Yang Berusaha Tuan Haji Mohd Mansor Bin Haji Daud.

Buku-buku yang diwakafkan ini dibeli menggunakan hasil daripada sewaan hartanah wakaf. Diharap buku-buku berkualiti terbitan MAIK ini menjadi sumber rujukan kepada pelajar-pelajar Sekolah Maahad Muhammadi Perempuan.

Dalam majlis tersebut juga turut diadakan taklimat dan Kuiz Wakaf. Seramai 10 orang pelajar telah berjaya menjawab dan memenangi hadiah dalam Kuiz Wakaf yang diadakan.

Semoga warga Sekolah Maahad Muhammadi terus cemerlang dan terus memanfaatkan Wakaf Buku menerusi Program Wakaf Pendidikan MAIK.

 

“SAHAM AKHIRAT, BERWAKAFLAH WALAU SEDIKIT”

 

Disediakan Oleh : Siti Nuridayu Bt Mohd Othman

 

flickr
www.flickr.com
                   

 

 


Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini32
Kelmarin3481
Minggu Ini15334
Bulan Ini44053
Jumlah Pengunjung27510496