MAJIS PENYERAHAN CEK ZAKAT PERNIAGAAN CO-OPBANK PERSATUAN MALAYSIA BERHAD BAGI TAHUN 2017
03 September 2018 (Isnin) - Satu program meraikan pihak Co-opbank Persatuan menyerahkan Cek Zakat Perniagaan Tahun 2017 kepada Yang Amat Berusaha Dr. Haji Nik Mohd Azlan bin Abd. Hadi telah berlangsung pada 03 September 2018 (Isnin) pada jam 10.30 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Tingkat 4, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan. Cek Zakat perniagaan berjumlah RM43,528.83 ini telah diserahkan oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Kamari Zaman bin Juhari, Pengerusi Anggota Lembaga Co-opbank Persatuan Malaysia Berhad. Majlis turut dihadiri oleh Yang Berusaha Encik Mohd Nor bin Abd Razak, Ketua Pegawai Eksekutif Co-opbank Persatuan Malaysia Berhad serta pegawai-pegawai kanan kedua-dua agensi.
Berdasarkan rekod pihak Co-opbank Persatuan Malaysia Berhad telah membuat pembayaran zakat sebanyak 8 kali (termasuk pembayaran pada hari ini) dan diharapkan supaya Co-opbank Persatuan Malaysia Berhad ini terus kukuh sebagai antara institusi unggul perbankan di tanahair Malaysia ini dengan segala pelaburannya diberkati Allah swt.
Disediakan Oleh : Wan Fadhlina Binti W.Yusuf