MAJLIS PERSEMBAHAN CEK ZAKAT PERNIAGAAN BANK RAKYAT BAGI TAHUN 2017 KEHADAPAN YANG MAHA MULIA PEMANGKU RAJA KELANTAN
5 September 2018 (Rabu) - Satu program meraikan pihak Bank Rakyat mempersembahkan Cek Zakat Perniagaan Bagi Tahun 2017 kehadapan Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan merangkap Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan telah berlangsung pada 5 September 2018 (Rabu) pada jam 3.30 petang bertempat di Istana Kota Lama, Kota Bharu. Cek Zakat perniagaan berjumlah RM1,149,965.00 ini telah dipersembahkan oleh Yang Berbahagia Tan Sri Haji Shukry bin Mohd Salleh, Pengerusi Bank Rakyat. Majlis turut dihadiri oleh Yang Amat Berusaha Dr. Haji Nik Mohd Azlan bin Abd. Hadi, Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan, Yang Berhormat Sahibul Samahah Dato’ Haji Mohamad Shukri bin Mohamad, Mufti Negeri Kelantan merangkap Ahli Jemaah Ulama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan, Yang Berusaha Encik Azman bin Abd Aziz, Ketua Wilayah 6 (Kelantan / Terengganu) Bank Rakyat serta pegawai-pegawai kanan kedua-dua agensi.
Berdasarkan rekod pihak Bank Rakyat telah membuat pembayaran zakat sebanyak 26 kali (termasuk pembayaran pada hari ini) dan diharapkan supaya Bank Rakyat ini terus kukuh sebagai antara Institusi Kewangan di tanahair Malaysia ini dengan segala perkhidmatanya diberkati oleh Allah s.w.t. Semoga bayaran zakat yang dilaksanakan oleh Bank Rakyat ini mendapat ganjaran daripada Allah s.w.t.
Disediakan Oleh : Wan Fadhlina Binti W.Yusuf