faq lokasi aduan peta


BERITA KHAS

YANG BERHORMAT MULIA TENGKU YANG DIPERTUA MAIK

ASNAF DHAIF MENERIMA KUNJUNGAN MAIK

Encik Sulaiman bin Yassin berumur 53 tahun tinggal bersama ibunya Eshah binti Mat yang berumur 77 tahun di pondok usang tanpa kemudahan asas seperti bekalan air, elektrik dan tandas di ladang getah sejak 7 tahun yang lalu. Mereka tidak mampu membina rumah yang lebih selesa disebabkan faktor kewangan kerana mereka hanya bekerja berniaga buah dan sayur di Pasar Siti Khadijah dengan pendapatan lebih kurang RM600.00 sebulan.

 

Pihak MAIK yang diwakili oleh YABrs. Dr. Timbalan Yang Dipertua telah menyampaikan sumbangan wang tunai  untuk menampung kos  sara hidup mereka sekeluarga. Adalah diharapkan sumbangan ini dapat membantu mengurangkan sedikit bebanan kewangan  yang dihadapi oleh keluarga ini.

Sumbangan bantuan adalah bagi menyempurnakan titah perintah Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan selaku Yang Dipertua MAIK yang turut sama bersimpati di atas nasib yang menimpa keluarga ini.

 

Disediakan Oleh : Shamun Daud

 

 

 


Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini28
Kelmarin2399
Minggu Ini20940
Bulan Ini49659
Jumlah Pengunjung27516102