PROMOSI ZAKAT BULAN MEI BAGI TAHUN 2019
Unit Zakat MAIK telah mengadakan promosi zakat sepanjang bagi bulan Mei 2019 di seluruh Negeri Kelantan dengan mendapat persetujuan dengan jabatan-jabatan kerajaan dan agensi swasta yang terlibat. Promosi zakat melibatkan taklimat zakat, pembukaan kaunter luar zakat dan juga menyediakan perkhidmatan Van Zakat Bergerak MAIK bagi memberi kemudahan pengiraan zakat, pertanyaan kemusykilan berkaitan hukum zakat, pembayaran zakat dan pengedaran pamplet zakat serta borang potongan gaji zakat MAIK.
Jenis Promosi : Taklimat Zakat
- Rohm Wako
Jenis Promosi : Kaunter Luar
- Giant Tunjong
- KB Mall
- Aeon Mall
- Tesco
- Airport Pengkalan Chepa
- Rohm Wako
- Hospital Raja Perempuan Zainab II
- Hotel Perdana
- Fama, Stadium KB
Jenis Promosi : Van Bergerak MAIK
- Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan (SUK)
- Wisma Persekutuan
- Pasar Siti Khadijah
- Dataran Ilmu
- Bazar Tok Guru
- RTC Tunjong
- Surau Al-Quddus, Rantau Panjang
- Uitm Machang
- Politeknik Jeli
- Politeknik Kok Lanas
- Kolej Matrikulasi Pasir Puteh
- Lhdn Kota Bharu
Pihak MAIK mengucapkan jutaan terima kasih diatas sambutan yang menggalakkan daripada jabatan-jabatan ini kerana para pembayar tidak mempunyai masa untuk ke kaunter zakat MAIK kerana kekangan masa bekerja. Pihak MAIK juga akan sentiasa memberi perkhidmatan yang terbaik untuk para pembayar dan juga masyarakat sekitar bagi turut sama membantu Unit Agihan Zakat untuk menyebarkan maklumat berkaitan bantuan-bantuan zakat yang telah dilaksanakan kepada asnaf yang layak.
Program promosi zakat ini akan terus dijalankan sepanjang tahun dengan penglibatan daripada jabatan-jabatan lain di seluruh Negeri Kelantan dan semoga mendapat kerjasama yang baik dari pelbagai pihak bagi mempromosikan kegiatan kutipan dan agihan zakat MAIK.
Disediakan Oleh : Wan Fadhlina Binti W.Yusuff