faq lokasi aduan peta


BERITA KHAS

YANG BERHORMAT MULIA TENGKU YANG DIPERTUA MAIK

MAJLIS IBADAT QURBAN JAMA’IE MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN BAGI TAHUN 1440H/2019M

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V dan Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan telah mengampuni perkenan untuk berangkat ke Majlis Ibadat Qurban Jama’ie Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan Bagi Tahun 1440H/2019M yang telah diadakan pada 11 Zulhijjah 1440H bersamaan 12 Ogos 2019 (Isnin) bersamaan Hari Raya Aidil Adha Yang Kedua  bertempat di Padang Kompleks Islam Jubli Perak, Sultan Ismail Petra, Panji, Kota Bharu mulai jam 8.00 pagi.

Turut hadir pada majlis kali ini ialah Yang Berhormat Mulia Tengku Tan Sri Dato’ Haji Mohamad Rizam Bin Tengku Abdul Aziz, Tengku Temenggong Kelantan selaku Yang Dipertua MAIK, YB Dato’ Shahidani Bin Abd Aziz, Penasihat Undang-Undang Negeri Kelantan, YB Dato’ Ahmad Robert Bin Abd Rahim, Pegawai Kewangan Negeri Kelantan, YM. Dato’ Dr Tengku Mohamed Faziharudean Bin Dato’ Tengku Fiessal (Tengku Kaya Perkasa), Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan/Pengarah UPEN), YBhg Mejar Jeneral Dato’ Mamat Ariffin Bin Abdullah (B), Ahli-Ahli Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan, Yang Amat Berusaha Tuan Haji Zulkifle Bin Ab Rahman, Timbalan Yang Dipertua MAIK, Ketua-Ketua Jajahan, YBrs Tuan Haji Rusydee Bin Abdullah, Setiausaha MAIK, pegawai-pegawai kanan dan kakitangan MAIK,  jemputan khas peserta qurban dan orang awam yang berdekatan.

Pada majlis tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V telah berkenan untuk mencemar duli menyempurnakan upacara qurban dengan menyembelih sebanyak 2 ekor lembu qurban. Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan turut berkenan menyertai ibadat qurban jama’ie berkenaan dengan sebanyak 2 ekor lembu qurban. Jumlah keseluruhan lembu qurban pada majlis berkenaan ialah sebanyak 39 ekor lembu. Acara qurban tersebut berakhir pada jam 2.30 petang.                                                                                 

 

Disediakan Oleh : Mohd Zahrin Bin Yusuf

 

flickr
www.flickr.com

 

 


Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini84
Kelmarin3427
Minggu Ini9991
Bulan Ini52100
Jumlah Pengunjung27065171