faq lokasi aduan peta


BERITA KHAS

YANG BERHORMAT MULIA TENGKU YANG DIPERTUA MAIK

LAWATAN KE TAPAK PROJEK PEMBANGUNAN MUALLAF CENTRE

Pada 10 September 2019,   satu lawatan di sekitar tapak projek Pembangunan Muallaf Centre yang bertempat di PT518 Kampung Tok Selehor, Mukim Kok Keli Jajahan Tumpat telah diadakan. Yang Amat Berusaha Haji Zulkifle Bin Ab Rahman, Timbalan Yang DiPertua MAIK telah membuat pemantauan kerja-kerja pengubahsuaian dan cat bangunan yang sedang giat dijalankan. Lawatan ini turut dihadiri oleh Yang Berusaha Encik Rusydee Bin Abdullah, Setiausaha MAIK, Yang Berusaha Encik Mohd Azman Bin Ghazali, Ketua Pegawai Pembangunan MAIK, Yang Berusaha AlFadhil Ustaz Murtadha Bin Abdullah, Ketua Pegawai Agama MAIK, dan pegawai-pegawai MAIK.

Tanah PT 518 Mukim Kok Keli, Jajahan Tumpat yang berkeluasan 4,823 meter persegi merupakan tanah Wakaf Am terletak dibawah kawalan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) yang telah diwakafkan oleh Yang Berbahagia Dato’ Haji Dusuki Ahmad. Diatas tanah ini juga, terdapat sebuah dewan serbaguna,  sebuah asrama dua (2) tingkat dan sebuah rumah warden. Bangunan sedia ada di atas tanah ini telah dibaik pulih dan diubahsuai bagi manfaat projek Pembangunan Muallaf Centre iaitu projek pertama yang menggunakan dana Wakaf MAIK Muamalat.

Muallaf Centre ini berfungsi sebagai pusat transit, pusat aktiviti saudara baru, penyediaan kemudahan bagi mengurangkan bebanan saudara baru, disamping memberi suasana selamat serta  tunjuk ajar dalam mendalami ilmu agama Islam.

Semua lapisan masyarakat yang ingin menjayakan program ini boleh bersama menyumbang ke Wakaf MAIK Muamalat menerusi akaun Bank Muamalat Malaysia Berhad 03010006345710 atau layari laman sesawang www.muamalat.com.my untuk keterangan.

 

Disediakan Oleh :  Siti Nuridayu Bt Mohd Othman

 

 

 

flickr
www.flickr.com
                   

Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini3119
Kelmarin3481
Minggu Ini18421
Bulan Ini47140
Jumlah Pengunjung27513583