faq lokasi aduan peta


BERITA KHAS

YANG BERHORMAT MULIA TENGKU YANG DIPERTUA MAIK

BENGKEL STRATEGIK MEMARTABATKAN PROGRAM PENDIDIKAN MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN SIRI I

11-12 Disember 2019 - Bengkel Strategik Memartabatkan Program Pendidikan Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah dilaksanakan di The Royal Widad Residence @ UTM, Kuala Lumpur.

Bengkel ini dibimbing oleh YBhg. Prof. Emeritus Dato’ Ir. Dr. Zainai Bin Mohamed selaku Pengerusi Jawatankusa Pendidikan MAIK manakala peserta bengkel terdiri dari ahli-ahli MAIK iaitu Sohibus Samahah Dato’ Haji Mohamad Shukri Bin Mohamad (Mufti Kerajaan Negeri Kelantan), YM. Pengarah Yayasan Islam Kelantan, YBhg. Professor Emeritus Dato’ Dr. Sheikh Omar Bin Ab. Rahman, YBhg. Dato’ Hj. Jaafar Bin Ismail, dan wakil daripada Jabatan-jabatan yang terlibat secara tidak langsung dengan Pendidikan di MAIK. Yang Berhormat Mulia Yang DiPertua MAIK berangkat menghadiri bengkel.

Tujuan utama bengkel adalah untuk memenuhi kehendak Enakmen MAIK iaitu Enakmen 4 Tahun 1994. Melalui bengkel tersebut juga, telah difikirkan dan dipersetujui bagi visi dan misi baharu dalam konteks pendidikan untuk program pendidikan MAIK. Hasil daripada bengkel tersebut juga, telah dipersetujui untuk menggabungkan dan menguruskan Program Pendidikan MAIK di bawah satu pengurusan Hal Ehwal Pendidikan.

Disediakan Oleh : Siti Asmah Binti. Abdul Ghafar

 


Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini2405
Kelmarin3481
Minggu Ini17707
Bulan Ini46426
Jumlah Pengunjung27512869