faq lokasi aduan peta


BERITA KHAS

YANG BERHORMAT MULIA TENGKU YANG DIPERTUA MAIK

TEMUDUGA PENGAMBILAN PELAJAR PROGRAM PENGAJIAN ASNAF LEPASAN SPM ( A-LEVEL 2019

10 JUN 2019 - Unit Pendidikan MAIK telah mengadakan temuduga pengambilan Pelajar Program Pengajian Asnaf lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ke program A-Level 2019. Temuduga tersebut telah diketuai oleh YBhg. Prof. Emeritus Dato’ Ir. Dr. Zainai Bin Mohamed (selaku Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan MAIK), dan panel penemuduga adalah YABrs. Timbalan Yang Dipertua MAIK, YBrs. Prof Dr. Farok (Panel jemputan Prince of Songkla University), YBrs. Setiausaha,  MAIK dan YBrs. Pegawai (Pendidikan), MAIK. Seramai 9 orang pelajar telah ditemuduga daripada 12 orang yang disenarai pendek. Pelajar yang berjaya ditemuduga akan ditaja ke Program A-Level selama 2 tahun dan disyaratkan mendapat  keputusan cemerlang A-Level (sekurang-kurangnya 2A1B) sebelum mengikuti program Ijazah Sarjana Muda di universiti terkemuka luar negara.

 

Disediakan Oleh : Siti Asmah binti Abdul Ghafar

 

 

 


Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini2664
Kelmarin2399
Minggu Ini23576
Bulan Ini52295
Jumlah Pengunjung27518738