faq lokasi aduan peta


BERITA KHAS

YANG BERHORMAT MULIA TENGKU YANG DIPERTUA MAIK

MAJLIS PENSEMBAHAN CEK ZAKAT PERNIAGAAN TENAGA NASIONAL BERHAD BAGI TAHUN 2018 KEPADA MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

11 September  2019 (Rabu) – Satu Majlis Penyerahan Cek Zakat Perniagaan oleh Tenaga Nasional Berhad bagi tahun 2018 kepada pihak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan telah berlangsung pada 11 September 2019 jam 1 .15 tengahari  bertempat di Bilik Tazkirah Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan

Penyerahan cek Zakat Perniagaan Tenaga Nasional Berhad tahun 2018 Diwakili oleh YBrs. Encik Muhamad Azli Bin Ab Rahim Head (Customer Services – Kelantan) Customer Care & Business Development Department, Retail Division, Tenaga Nasional Berhad dengan bayaran berjumlah RM 5,987,842.27 telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Mulia Tengku Tan Sri Dato Haji Mohamad Rizam Bin Tengku Abdul Aziz  (Tengku Temenggong Kelantan) dengan disaksikan oleh pegawai-pegawai kanan kedua-dua belah pihak Majlis Agama Islam Kelantan dan Tenaga Nasional Berhad

Diharapkan semoga  Tenaga Nasional Berhad  terus kukuh di tanahair Malaysia ini dengan segala perkhidmatannya diberkati dan semoga bayaran zakat yang dilaksanakan oleh Tenaga Nasional Berhad ini mendapat ganjaran daripada Allah s.w.t. Majlis Persembahan cek ini diakhiri dengan jamuam makan tengahari serta bacaan doa oleh Pegawai Zakat MAIK, YBrs. Encik Ridhwan Bin Abdul Rahman.

Disediakan Oleh : Wan Fadhlina Binti W.Yusuff

 

 

 


Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini361
Kelmarin3211
Minggu Ini18874
Bulan Ini47593
Jumlah Pengunjung27514036