faq lokasi aduan peta


BERITA KHAS

YANG BERHORMAT MULIA TENGKU YANG DIPERTUA MAIK

PROGRAM RAMAH MESRA MASYARAKAT ORANG ASLI BERSAMA YBM TENGKU TEMENGGONG KELANTAN

Program Ramah Mesra Masyarakat Orang Asli bersama Yang Berhormat Mulia Tengku Temenggong Kelantan telah diadakan pada 28 Muharram 1441H bersamaan   28 September 2019 bertempat di Pos Tuel, Lojing, Gua Musang. Penduduk kampung masyarakat Orang Asli Pos Tuel telah berkumpul seawal jam 8.00 pagi di perkarangan Masjid Pos Tuel bagi menyambut ketibaan Yang Berhormat Mulia Tengku Temenggong Kelantan dan dhif-dhif jemputan. Seramai 40 orang pasukan konvoi bermotosikal dari kalangan masyarakat Orang Asli telah bersedia untuk mengiringi ketibaan baginda.

Namun, perkhabaran mengenai kemangkatan Almarhum DYMM Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra pada jam 8.11 pagi itu telah mengundang kedukaan kepada semua hadirin yang berkumpul dan Yang Berhormat Mulia Tengku Temenggong Kelantan terpaksa membatalkan keberangkatan baginda ke program ini lalu bergegas berangkat ke Istana Balai Besar bagi menyempurnakan Majlis Pemakaman Almarhum.

Walaubagaimanapun program ini tetap diteruskan dengan penyampaian hamper sumbangan dan wang saguhati kepada semua Ketua Isi Rumah (KIR) di seluruh kampung Orang Asli dalam kawasan Pos Tuel meskipun tanpa kehadiran YBM Tengku Temenggong Kelantan. Program berakhir dengan jamuan kepada semua hadirin. Sebanyak RM 28,250.00 diperuntukkan bagi menjayakan program ini dan semoga penganjurannya dapat mengeratkan hubungan antara pihak MAIK dengan masyarakat kampung berkenaan.

 

Disediakan Oleh : Nurul ʽAisyah binti Wan Adnan

 

 

flickr
www.flickr.com

Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini3341
Kelmarin3486
Minggu Ini9821
Bulan Ini51930
Jumlah Pengunjung27065001