MAJLIS PENYERAHAN CEK ZAKAT PERNIAGAAN CO-OP BANK PERTAMA MALAYSIA BERHAD BAGI TAHUN 2018 KEPADA MAIK
17 Oktober 2019 (Khamis) – Satu Majlis Penyerahan Cek Zakat Perniagaan oleh Co-opbank Pertama Malaysia Berhad bagi tahun 2018 kepada pihak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan telah berlangsung pada 17 Oktober 2019, jam 10.00 pagi bertempat di Tingkat 4, Bangunan Lama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.
Penyerahan cek zakat perniagaan Co-opbank Pertama Malaysia Berhad bagi tahun 2018 telah disampaikan oleh YBhg.Tuan Haji Kamari Zaman bin Juhari, Pengerusi Co-opbank Pertama Malaysia Berhad kepada Setiausaha,MAIK YABrs. Tuan Haji Rusydee bin Abdullah dengan disaksikan oleh pegawai-pegawai kanan kedua-dua belah pihak MAIK dan Co-opbank Pertama Malaysia Berhad.
Jumlah zakat perniagaan Co-opbank Pertama Malaysia Berhad pada tahun 2018 sebanyak RM 63.130.86. Diharapkan semoga Co-opbank Pertama Malaysia Berhad ini terus kukuh di tanahair Malaysia ini dengan segala perkhidmatanya diberkati oleh Allah s.w.t. Semoga bayaran zakat yang dilaksanakan oleh Co-opbank Pertama Malaysia Berhad ini mendapat ganjaran daripada Allah s.w.t. Majlis penerimaan cek diakhiri dengan bacaan doa oleh Pegawai Zakat MAIK, YBrs. Al- Fadhil Ustaz Ridhwan bin Abdul Rahman.
Disediakan Oleh : Wan Fadhlina Binti W.Yusuff