faq lokasi aduan peta


BERITA KHAS

YANG BERHORMAT MULIA TENGKU YANG DIPERTUA MAIK

MESYUARAT JAWATANKUASA WAKAF MAIK

Pada 03 November 2019, Mesyuarat Jawatankuasa Wakaf Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah bersidang untuk kali pertama, bertempat di Bilik Mesyuarat Tingkat 5, MAIK. Penubuhan dan pelantikan ahli Jawatankuasa ini telah mendapat kelulusan daripada Mesyuarat Ahli MAIK kali ke 923 bilangan 3 tahun 2019.

Penubuhan jawatankuasa ini adalah sebagai platform perbincangan isu-isu wakaf, merancang dan melaksanakan pelan pembangunan wakaf, selaras dengan MAIK sebagai  badan pengawal tunggal harta wakaf di Negeri Kelantan.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Yang Berhormat Mulia Tengku Tan Sri Dato’ Haji Mohamad Rizam Bin Tengku Abdul Aziz, Tengku Temenggong Kelantan merangkap Yang DiPertua MAIK, dengan keahlian seramai sembilan (9) orang, dan lima (5) orang sekretariat Jawatankuasa Wakaf MAIK.

Semoga dengan penubuhan jawatankuasa ini, pengurusan wakaf MAIK menjadi lebih tersusun dalam melaksanakan pembangunan dan imarah wakaf di Negeri Kelantan. 

 

Disediakan Oleh :  Siti Nuridayu Bt Mohd Othman

 


Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini2995
Kelmarin3486
Minggu Ini9475
Bulan Ini51584
Jumlah Pengunjung27064655