LAWAT SIASAT PERMOHONAN BARU UNTUK KEMASUKAN KE RUMAH KEBAJIKAN ANAK YATIM BAGI SESI 2020
15 Disember 2019 bersamaan 18 Rabiul Akhir 1441H - Rumah Kebajikan Darul Aitam, MAIK menerima sebanyak 30 orang permohonan baru untuk kemasukan tahun 2020. Bagi mendapatkan pengesahan, Lawat Siasat telah diadakan dengan jayanya diketuai oleh Warden Putera iaitu YBrs. Encik Zammuri dan YBrs. Encik Yahya.
Lawat siasat ini merangkumi 8 jajahan antaranya adalah jajahan Kota bharu, Gua Musang, Jeli, Tanah merah, Rantau Panjang, Pasir Mas, Bachok dan Pasir Puteh. Lawat siasat ini dijalankan pada setiap buah rumah permohonan baru Darul Aitam, MAIK yang antaranya terdiri daripada golongan asnaf dan yatim piatu.
Disediakan Oleh : Siti Fatnie Binti Abdul Rahim