faq lokasi aduan peta


BERITA KHAS

YANG BERHORMAT MULIA TENGKU YANG DIPERTUA MAIK

PROGRAM ENGLISH AT MOSQUE (EN@M) 2019 BENGKEL LATIHAN (TRAINING CENTRE BLOK 2)

14 JUN 2019 - Program English At Mosque (EN@M) anjuran Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) dengan kerjasama Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Kelantan, Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan (JPN) dan Yayasan Islam Kelantan (YIK) telah mengadakan bengkel latihan (Training Centre Blok 2) bagi memberi penerangan dan pendedahan mengenai modul program (EN@M) 2019 kepada guru yang terlibat. Bengkel selama 2 jam ini dihadiri oleh 20 orang guru dan 2 orang jurulatih iaitu selaku penggubal modul program. Sepanjang bengkel tersebut berlangsung, guru-guru didedahkan dengan pelbagai cara dan aktiviti untuk menarik minat pelajar di samping penyampaian yang berkesan kepada pelajar Asnaf yang terlibat untuk menggunakan Bahasa Inggeris dalam komunikasi harian. Pembelajaran bagi Blok 2 program tersebut akan bermula pada Jumaat, 21 Jun  2019 dan akan berlangsung selama 4 minggu berturut-turut sehingga 12 Julai 2019.

 

Disediakan Oleh : Siti Asmah binti Abdul Ghafar

 

 

 


Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini217
Kelmarin2399
Minggu Ini21129
Bulan Ini49848
Jumlah Pengunjung27516291