faq lokasi aduan peta


BERITA KHAS

YANG BERHORMAT MULIA TENGKU YANG DIPERTUA MAIK

PERTANDINGAN SYARAHAN BAHASA DI MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN (MAIK) TAHUN 2019

Bahagian Hal-Ehwal Akademik (HEA) Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK,  melalui  Unit Bahasa,  telah menganjurkan PERTANDINGAN SYARAHAN BAHASA.

Program yang berbentuk santai ini, adalah julung-julung kali dianjurkan oleh Unit Bahasa yang menggabungkan tiga (3) bahasa, iaitu Bahasa Melayu, Arab dan Inggeris bertujuan untuk  mencungkil bakat pelajar dalam menyampaikan pendapat secara berhemah dan yakin dalam penyampaian di khalayak umum disamping mengasah kemahiran mereka untuk dipraktikkan dalam medan dakwah Islamiyyah kepada masyarakat setempat tanpa mengira latar belakang agama dan tempat.

Aktiviti ini juga bertujuan sebagai persediaan untuk memilih 3 orang pemidato kategori Bahasa Melayu, Arab dan Inggeris dalam kalangan pelajar untuk mewakili maahad ini ke IHTIFAL HUFFAZ PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE-7/2019 yang akan berlangsung pada 22-27 Julai 2019, di DARUL QURAN Kuala Kubu Bharu  Selangor. Program ini juga diselangi dengan persembahan Al-Quran Tarannum Berqiraat, Hafazan Al-Quran (1-10 Juzuk, 1-20 Juzuk & 1-30 Juzuk) dan persembahan Kumpulan Nasyid Maahad Tahfiz MAIK yang akan turut serta dalam ihtifal, mewakili kategori masing-masing.

 

Disediakan Oleh : Wan Mohd Riduan Bin Wan Abdullah

 

flickr
www.flickr.com
                   

 

 


Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini995
Kelmarin3211
Minggu Ini19508
Bulan Ini48227
Jumlah Pengunjung27514670