faq lokasi aduan peta


BERITA KHAS

YANG BERHORMAT MULIA TENGKU YANG DIPERTUA MAIK

PERJUMPAAN BERSAMA PELAJAR A-LEVEL PROGRAM PENGAJIAN ASNAF LEPASAN SPM AMBILAN 2019

Pada 17 Julai 2019 - Unit Pendidikan MAIK telah mengadakan perjumpaan bersama para pelajar A-Level tajaan MAIK di bawah Program Pengajian Asnaf Lepasan SPM. Di dalam perjumpaan ini, pihak MAIK telah diwakili oleh YBrs. Setiausaha, MAIK,  Pegawai Tadbir Pendidikan, MAIK dan kakitangan Unit Pendidikan, MAIK. Penerangan jelas daripada YBrs. Setiausaha MAIK mengenai penajaan ini telah diberikan kepada pelajar bertujuan untuk memberi pendedahan kepada mereka agar sentiasa sedar bahawa MAIK mengambil serius tentang penajaan mereka. Ia juga menunjukkan MAIK begitu menitik beratkan pembangunan dari segi pendidikan Asnaf di negeri Kelantan. Pada tahun ini, seramai 5 orang calon berjaya dipilih melalui sesi temuduga yang telah berlangsung pada 10 Jun 2019 yang lepas. Tiga (3) orang daripada jumlah tersebut berjaya mendapat tempat di Kolej Yayasan UEM, Lembah Beringin, Selangor manakala dua (2) orang daripadanya ditaja ke INTEC, Shah Alam. Di akhir perjumpaan, YBrs. Setiausaha MAIK menyampaikan wang bantuan persediaan ke IPT kepada setiap pelajar sebagai permulaan penajaan.

Disediakan Oleh : Siti Asmah binti Abdul Ghafar

 

 

 


Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini1174
Kelmarin3481
Minggu Ini16476
Bulan Ini45195
Jumlah Pengunjung27511638