faq lokasi aduan peta


BERITA KHAS

YANG BERHORMAT MULIA TENGKU YANG DIPERTUA MAIK

UJIAN KEMAHIRAN TEKNIKAL PENGATURCARAAN BAGI JAWATAN PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED FA29

21 Julai 2019 (Ahad) - Unit Teknologi Maklumat dan Multimedia Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan telah mengadakan Ujian Kemahiran Teknikal Pengaturcaraan bagi mengisi kekosongan jawatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (Programmer II) Gred FA29 bertempat di Tingkat 2, Makmal Komputer Maahad Tahfiz Al-Quran, Panji.

Ujian tersebut diselia oleh Pegawai Teknologi Maklumat MAIK, Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (ICT) dan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (Programmer I) dan melibatkan 10 orang calon yang dipilih dari permohonan jawatan kosong yang diterima setakat 3 Jun 2019. Ujian tersebut dimulakan pada jam 9.10 pagi sehingga 12.10 tengahari dan mempunyai 2 bahagian soalan yang perlu dijawab oleh calon-calon. Soalan-soalan berkenaan berkaitan dengan bahasa pengaturcaraan seperti MSSQL dan .NET.

 

Disediakan Oleh : Wan Maslinda Bt Wan Mat

 

 

 


Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini379
Kelmarin3481
Minggu Ini15681
Bulan Ini44400
Jumlah Pengunjung27510843