faq lokasi aduan peta


BERITA KHAS

YANG BERHORMAT MULIA TENGKU YANG DIPERTUA MAIK

BENGKEL BRAINSTORMING PENYELARASAN DAKWAH ORANG ASLI ANTARA AGENSI KERAJAAN, INSTITUT PENGAJIAN TINGGI (IPT) DAN BADAN BUKAN KERAJAAN (NGO) 1441H/2019M

Pada 26 dan 27 Muharram 1441H bersamaan 26 dan 27 September 2019 bertempat di Hotel Copthorne, Cameron Highlands telah diadakan satu bengkel iaitu Bengkel Brainstorming Penyelarasan Dakwah Orang Asli Antara Agensi Kerajaan, Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan Badan Bukan Kerajaan (NGO). Bengkel yang berlangsung selama 2 hari itu diadakan bertujuan bagi membincangkan dengan menyeluruh tentang dakwah kepada Masyarakat Orang Asli serta membuat penyelarasan tugas di kalangan para aktivis Masyarakat Orang Asli seluruh negeri Kelantan.

Kira-kira 80 orang peserta dari pelbagai latar belakang pendidikan dan kerjaya berkumpul bagi sama-sama membincangkan mengenai hala tuju dakwah masyarakat Orang Asli Kelantan. Pelbagai isu yang disentuh yang melibatkan dakwah, kebajikan, pendidikan, sosio ekonomi dan hal-ehwal masyarakat Orang Asli itu sendiri. Rata-rata peserta sangat berpuas hati dengan penganjuran bengkel sebegini dan berharap agar gerak kerja dakwah kepada masyarakat Orang Asli semakin mantap serta menghasilkan sesuatu yang positif dan berkesan.

Yang Berhormat Mulia, Tengku Tan Sri Dato’ Haji Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz, Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Yang Dipertua, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan berkenan berangkat bagi merasmikan majlis penutup bengkel.

 

Disediakan Oleh : Nurul ʽAisyah binti Wan Adnan

 

 

flickr
www.flickr.com

Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini35
Kelmarin3427
Minggu Ini9942
Bulan Ini52051
Jumlah Pengunjung27065122